12.10.14

Khas Untuk Lelaki: Jaga Kesihatan Prostat Anda!

Kajian membuktikan lelaki yang mengalami ejakulasi lebih kerap akan mengurangkan risiko dijangkiti kanser prostat. Ini kerana proses ejakulasi yang menggunakan prostat membantu mengeluarkan hormon penyebab kanser itu.


"Isteri boleh meleteri suami sehingga sampai di klinik doktor untuk memastikan suami menjalani ujian prostat spesifik antigen (PSA)," kata Dr Amit Bahl, Pengarah Klinikal di Pusat Hematologi and Onkologi Bristol, UK, secara berseloroh.


Pakar perunding klinikal onkologi ini yang berada di sini baru-baru ini berkata demikian merujuk kepada kanser prostat, kanser ketiga paling lazim di kalangan lelaki di seluruh dunia dan kanser keempat paling lazim di kalangan lelaki di Malaysia.

Kanser ini membabitkan kelanjar prostat, yang terdapat di belakang pundi kencing. Jika kanser ini merebak lebih jauh, ia dikenali sebagai kanser prostat metastatik; di mana kanser itu merebak daripada prostat ke nodus limfa atau bahagian lain tubuh, khasnya ke tulang.

Bagaimanapun, terdapat rawatan bagi hampir semua jenis kanser metastatik dengan matlamat utama adalah mengawal kanser daripada merebak dan untuk melegakan simptom-simptom yang mengiringnya.

Paling Biasa

"Sehingga 29,000 kes dilaporkan di Asia Tenggara pada 2008. Kami mendapati kesedaran terhadap saringan PSA masih kurang di bahagian Asia ini termasuk hakikat yang lelaki Asia berasa malu untuk menceritakan masalah prostat mereka.

"Kaum lelaki seharusnya sedia bertemu dengan pakar perubatan mereka untuk mengetahui lanjut akan ujian PSA ini," jelas Dr Bahl kepada sekumpulan wartawan tempatan.

Di Malaysia, 40.6 peratus daripada kes didiagnosis pada peringkat I dan II.Ditanya akan apa yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki untuk menjauhi kanser prostat, Dr Bahl menjelaskan; "Apa sahaja yang baik bagi jantung pasti baik untuk prostat anda. Dan ini termasuk senaman dan kurangkan pengambilan daging merah.

Apabila terangsang secara seksual, lelaki akan mencapai ereksi yang mana secara tidak langsung menggambarkan kehendak dan keinginannya melakukan sesuatu kepada ereksinya dan menghayati keseronokan yang mana kesudahannya ialah ejakulasi atau pancutan air mani. 
Justeru, jika lelaki tidak mencapai ereksi ketika melakukan seks, kebanyakan wanita menganggap si suami tidak terangsang. 

Pada pandangan lelaki pula, jika dia mahu bersetubuh dengan pasangannya dan ereksi pula tidak menjadi padat, mereka menganggap diri mereka kurang ‘libido’ atau kurang rangsangan. Sebilangan lelaki yang lain pula menganggap perkara itu berlaku kerana pasangan mereka tidak memainkan peranan secukupnya. 

Jika perkara itu berlarutan, lelaki akan buat-buat senyap, tidak mahu menyentuh isteri dan tidak mahu mencuba lagi. Jadi kita boleh sama-sama membayangkan bagaimana kegagalan lelaki mendapat ereksi mencukupi memberi pelbagai maksud berbeza kepada lelaki itu dan pasangannya.

Yang jelas, lelaki itu gagal mendapat ereksi padat untuk melakukan persetubuhan dan perkara ini tidak boleh dibiarkan. Kajian turut menunjukkan, lelaki yang tidak mampu mencapai ereksi mencukupi juga mungkin mengalami masalah kesihatan tersembunyi, iaitu tidak tahu dia ada penyakit. 

Justeru, perkara yang sepatutnya dilakukan ialah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Sebilangan besar lelaki tidak tahu gaya hidup yang mereka amalkan boleh menyebabkan keadaannya menjadi begitu. 

Obesiti, kurang senaman berkala, minum minuman keras, merokok dan tekanan turut didapati menjadi punca yang boleh dikaitkan dengan amalan gaya hidup tidak sihat. 

Di samping itu, masalah kesihatan yang tersembunyi seperti peningkatan kolesterol dalam darah, perubahan glukosa pada tahap tinggi atau pra diabetis dan diabetis, peningkatan tekanan darah dan masalah sistem genitourinari-pundi kencing dan pundi prostat serta buasir juga menjadi penyebab lemahnya ereksi. 

Jika benar-benar sayangkan suami, anda perlu memujuknya berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan kesihatan. Ubat pelancar darah, terapi hormon tambahan dan ubat memantapkan tenaga akan disyorkan selepas lelaki itu menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Amalan kuno dan pandangan ketinggalan zaman seperti berjumpa tukang urut, makan jamu, berjumpa dukun dan rawatan mengarut tidak boleh diguna pakai. 



Jangan cuba membeli ubat kuat atau ubat pelancar darah tanpa pemeriksaan doktor. Jika tersalah makan anda pasti kesal terhadap kesannya. 

Seboleh-bolehnya, segera berjumpa doktor. Jika lelaki tidak mengalami masalah, isteri harus memainkan peranan lebih bagi memenuhi kehendak suami supaya dia kembali terangsang.





Vitamin Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.

Terdiri daripada






Omega Guard

♥♥Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
♥♥Mengurangkan keradangan
♥♥Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Vita E Complex

♥♥Antipenuaan
♥♥Memperbaiki parut
♥♥Melindungi jantung
♥♥Memperbaiki arthritis
♥♥Antioksidan yang kuat
♥♥Menghalang keguguran
♥♥Kelestarian seksual dan tenaga
♥♥Meningkatkan reproduktif dan kesuburan




Zinc Complex

♥♥Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. ♥♥Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Kebaikan Vitamin lelaki ni:

♥♥Memelihara kesihatan prostat
♥♥Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
♥♥Memelihara jantung yang sihat
♥♥Membantu mengekalkan tekanan darah normal
♥♥Mengawal tahap kolestrol yang sihat


Anda nak saya belikan Vitamin Pilihan Ramai ini?? Boleh jer... Saya sedia membantu anda menjadi Perunding Vitamin Semulajadi ini.. # Terbukti Berkesan # Halal # Diluluskan KKM # Mesra Alam Jom sama2 beringat...Untuk Anda Yang Pentingkan Kesihatan Tubuh Badan...Sihat Anda..Sihatlah Keluarga.. ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● ~~~ Perunding Vitamin Anda : ~~~, ♡♡ Amal Qasrina ♡♡ Shaklee Independent Distributor ♡♡ [ ID No : 1069738 ♡♡ Contact No : 019-6041979 , 012 360 7462 ♡♡ Email : amalqasrina@gmail.com ♡♡ Blog : Vita Sihat ♥♥ COD area Klang, P.Klang, Shah Alam, Kota Pendamar, Bandar Puteri, Kota Kemuning, Sri Andalas, Tmn Sentosa, Bandar Botanic, Bukit Tinggi, Klang. ♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia , Indonesia, China & Taiwan. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami "Sharing is Caring" * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment